Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Infostruktur UiTM Shah Alam serta Bahagian Infostruktur UiTM Zon Utara akan mengadakan program hari bertemu pelanggan iaitu Hari ICT – HICT 2019 seperti berikut :-

Tarikh : 18 - 19 September 2019 (Rabu & Khamis)
Masa   : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Besar, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Tujuan program ini adalah bagi memberi peluang dan ruang kepada semua warga UiTM dan pihak luar bagi mendapatkan maklumat berkenaan perkhidmatan ICT universiti di samping membuat pertanyaan atau aduan berkaitan ICT di UiTM.

Terdapat pelbagai booth perkhidmatan ICT universiti dan sesi Technology Update dari syarikat ternama dalam bidang ICT serta pertandingan e-Sport dan Inovasi boleh disertai.

Sehubungan itu, kami menjemput staf, pelajar, alumni UiTM dan orang awam datang beramai-ramai berkunjung ke HICT 2019. Pelbagai aktiviti menarik disediakan.